Tuesday 22 March 2011

Dunia dengan akhirat tak sama...

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh..(sleng haji mustapha-qaleesya)
hehe... i wanna share sumtink.. wanna know??
Nak share sikit lah tentang balasan dunia dengan balasan akhirat.. mana satu korang nak??
ada satu cerita ni ek.. baca betul-betul.. feeling yer!! hehe... xdalah.. kidding only..

"ada seorang remaja ni.. nama dia Asyraf (cth je).. dia selalu ditimpa masalah.. kalau boleh cakap setiap hari tu.. memang ada.. tak kira lah besar ke kecik.. tapi kan.. dia sabar je.. dia tak merungut sangat.. dia selalu pergi masjid.. biasalah kan, lelaki senang pergi masjid ke surau ke.. kalau perempuan susah sikit terutamanya pada waktu malam.. Asyraf ni kuat jugak lah ibadah dia.. tinggi jugak lah iman dia.. hanya Allah yang tahu kemanisan iman seseorang.. ada satu hari.. parents dia meninggal dalam kemalangan jalan raya.. innalillah... kesian dia.. dia dah jadi anak yatim piatu.. dia memang kene sara hidup sendiri.. saudara mara dia berjauhan, yang berdekatan pun tak suka dengan dia punya keluarga.. dah tu Asyraf ni anak tunggal pulak.. memang banyak lah ujian yang dia lalui.. jiran-jiran dia tak percaya kat dia walaupun dia selalu ke masjid, tapi sikap ibu bapanya buat orang kurang senang.. tambah lagi lah ujian hidup dia.. dia terpaksa pulak berhenti skolah sebab nak cari kerja.. kesian sangat la budak ni... lain pulak lah seorang lagi ni.. Adlie ni anak pengusaha sebuah kilang roti.. dah nama kilang tu, mesti lah kaya kan.. dia sekolah kat private school la kan.. tapi.. si Adlie ni suka sangat buat hal kat skolah.. orang tak kacau, dia cari pasal.. dahtu panas baran plak tu ! orang lain buat salah sikit, dia terus je beri pelempang walaupun orang tu kadang2 kawan dia sendiri..haish..then, setiap kali birthday dia, mesti parents dia belikan benda-benda yang latest technology untuk dia.. kiranya, apa yang dia nak, semua dia dapat... tapi.. solat dia tak jalan.. apatah lagi puasa.. kalau dia nak awek.. awek boleh datang bila-bila masa je dekat dia.. biasalah kan, apa yang dia nak, pasti semua dia dapat......tapi...
suatu hari... Asyraf dan Adlie ni meninggal...Allah bagi si Asyraf ni tadi sedikit je...sikit..memang sikit sangat nikmat syurga.. lepas tu Allah tanya, berapa banyak kesusahan yang engkau lalui? Asyraf cakap...
tak. saya tak pernah rasa susah..saya rasa senang je.. ----> betul ke Asyraf ni?
the, Allah bagi sikit jugak..sikit je nikmat api neraka kepada Adlie... Allah pun tanya, berapa banyak kah kesenangan yang telah engkau lalui? Adlie cakap... saya tak pernah rasa kesenangan...-----> betul ke Adlie ni?????      "

begitulah.. sesungguhnya balasan Allah Maha Adil.. walaupun Asyraf susah di dunia tapi senang di akhirat..
walaupun Adlie senang di dunia, tapi di akhirat dia susah.. ujian Allah datang.. kita harus tempuhinya dengan penuh sabar dan reda dengan ketentuan Allah... xsemestinya kita sentiasa ditimpa susah.. Allah tak sayang kita... sekali-kali tidak! kadang-kadang Allah beri kita kesusahan sebab nak buang dosa-dosa kecil kita kat dunia supaya kat akhirat nanti.. tak banyak timbangan kiri.. kalau macam Adlie tu.. Allah bagi dia kesenangan... mungkin ada dia buat baik or beribadah tapi mungkin jugak Allah balas kebaikan dia kat dunia.. sebab tu dia hidup senang... sebab tu lah.. kalau ditimpa kesusahan mahupun kesenangan.. bersyukur dan bersabarlah.. tapi yang kesenangan tu kene hati-hati jugak.. hehe...

so..........
in a nutshell....
kita perlu bersyukur bila diberi kesenangan..bersabar bila diberi kesusahan.... ^^
kepada Allah je tempat mengadu..tempat meminta pertolongan..
semua yang baik datang dari Allah...
okay... thats all for now..
sory if ada info atau grammar yan salah...
cerita kat atas ni juz sebagai analogi je... bukan betul pun.. hanya rekaan nak bagi lebih faham..
jazakumullah...ya akhwat  ya ikhwan... assalamualaikum!~

Sunday 20 March 2011

Perlukah kita MaraH?

Assalamualaikum ya akhwat dan ikhwan...
           Kali ni saya nak kongsi info yang saya dapat tentang MARAH... saya pasti dan perkara ni tak boleh dinfikan lgi, setiap orang memang pernah berasa marah even Nabi Muhammad pun pernah marah jugak.. tapi dia marah sebab dia sayangkan orang tu.. Marah.. perlu kah kita marah ?? Memang lah kalau ada orang buat salah or singgungkan hati kita, kita rasa marah kan.. Bagi anda lah kan.. marah dengan geram sama tak? pada pandangan saya lah... kalau marah ni, dia keluarkan perkataan dengan nada yang tinggi.. tapi, kalau geram dia macam menjeling.. kalau tak pun, dari raut wajah dia kita boleh tahu dia geram.. kalau geram dia tak bercakap tapi ada yang memaki jugak lah...

         Kalau marah kan... mesti kita kaitkan dengan PANAS BARAN... kan.. kan..? haha... memang lah.. betul lah tu! Selalunya kalau dia panas baran, memang dia cepa tmarah.. lain lah kalau dia marah tapi dia juz cakap "sabar..sabar je aku ni" ... rasanya sabar tu lebih baik walaupun dia marah kan.. Actually.. panas baran ni ada tahap nya yang tersendiri.. ada orang panas baran tu sikit-sikit je, ada yang memang selalu panas lah! dan ad pulak... ni yang paling bahaya lah.. panas baran yang sampai mencari benda terdeat untuk dijadikan senjata.. ni yang saya tak suka tengok lah, terutama nya dalam cerita-cerita kat TV tu.. benci ah!

        Sebenarnya kan, kalau kita marah tu, syaitan lagi suka! kalau kita memang marah sangat-sangat, maksudnya tu syaitan dah kuasai diri lah... nauzubillah... kalau marah ni, ibarat api yang menyala dalam tubuh badan kita.. actually, ada lah certain-certain problem ni, kita memang patut marah.. tapi, tak boleh lah lebih-lebih, marah sekadar nak menegur sudahlah.. nanti kalau marah lebih-lebih, lain pulak yang jadi nanti.. siapa jugak susah.. kalau selalu, orang yang kene marah tu diam je, maksudnya orang yang marah dia tu, juz nak bagi nasihat kat dia.. tegur kesalahan dia.. mungkin orang tu sayang kat kita, thats why la dia marah.. tapi, lain lah pulak kalau orang yang kene marah tu, lawan balik.. yang tu, rasanya mesti orang tu marah memang orang yang melawan tadi ada buat benda yang dia tak suka.. saya rasa ni selalu terjadi kepada guru disiplin dan budak nakal.. kan.. kan..?? hehe.. memang lah dia orang tu ! dah buat salah, melawan pulak..

          Lain pulak kes ni,, kalau dia marah sebab bad mood.. macam mana? kadang-kadang bahaya ni.. tak baik lah moody- moody ni. juz be happy...can u? Allah always be with us.. so, pray to Him.. ask Him to help us from syaitan disrupt... haish.. tak bez la marah-marah ni.. tengok, cerita pasal marah, saya pulak geram.. hehe.. tak ada lah. kidding!~

         Kalau kita rasa marah, geram dan seumpanya... kita ambiklah air wuduk... kan marah tu ai yang menyala dalam diri,, so, ambik air wuduk.. air kan dapat hilangkan api... tak tengok bomba ke??! tambah-tambah lagi air paip yang sejuk.. it can cool us down.. juz in a few seconds.. tak percaya.. try la.. ^^
then, kalau marah tu tengah berdiri,,, duduklah..duduk je.. tarik nafas.. kalau marah tengah duduk... baring lah.. baring je.. betul ni.. saya pernah buat semua nya.. sedikit sebanyak memang membantu lah kurangkan api yang menyala tu! kalau susah sangat.. ucaplah,,, ASTAGHAFIRULLAHALAZIM...... lindungilah aku daraipada syaitan yang diREJAM... inshaAllah.. marah tu kurang lah. ^^

       Marah ni kan.. ada tiga jenis.. secara analogi je lah.. ::::
"cepat marah, cepat tenang "
"lambat marah, cepat tenang"
"cepat marah, lambat tenang"
So, macam mana... mana satu yang anda pilih.. sebaiknya yang kedu lah.. ^^

Jadi, ceriakan lah hari-hari anda! tak payah lah marah-marah... tak bez.. ingat cara-cara tuk redakan marah tadi... ya...
thanks for sudi baca.. salam!~
        

Saturday 12 March 2011

happy birthday !!

           Happy birthday... Ucapan yang sering kita terima apabila tibanya detik tarikh kelahiran kita..
 hehe.. saya lahir 30 oGoS 1994.. heehe... tahun ni bila ek 30 ogos tu? (i think someone guessing) haha...Sebenarnya kan , usia ni modal untuk kita menuju ke akhirat.. dah banyak ke amal kita lakukan?
Dah cukup ke ibadah kita? Dah cukup ke timbangan thawab(pahala) yang kita perolehi? wallahualam..
Semua orang tahu apa yang dia lakukan seumur hidup dia.. melainkan dia seoarang yang istimewa..
          Berkait rapat dengan usia ni adalah hidup.. Syukur ke hadrat Ilahi kita masih diberi peluang untuk hidup hari ini.. so, apa kata kita panjatkan doa sesudah kita bangun pagi.. pernah tak korang rasa tak kena je sepanjanh hari tu.. maybe sebab lepas bangun.. kita tak ada pun berdoa kepada Allah .. apatah lagi nak sembahyang Subuh.. solat permulaan bagi setiap hari.. ish..ish..
         Selalunya orang yang bijak pandai mengguna masa hidupnya dengan betul.. bijak tu tak bermakna cerdik dalam pendidikan saja ! in islam.. bijak di sini maksudnya.. pandai menggunakan masa hidup di dunia untuk buat persiapan hidup di dunia dan AKHIRAT.. let us juz think a seconds.. dah cukup ke bekalan kita untuk akhirat? hanya kita yang mampu mengubah apa yang kita kehendaki dengan pertolongan dariNya..
Cuba kita lakar 4 kotak segi empat.. kita tuliskan pada setiap kotak tu.. [pagi] [tengahari] [petang] [malam]..
Then, try to make it white.. not black ! Nak tahu apa maksud putih dan hitam tu? putih tu maksudnya.. pada waktu tu kita buat benda baik.. kita beribadah.. kita tinggalkan larangan Allah.. semua perkara mahmudah lah kita buat! hehe.. tapi yang hitam tu pulak... pada waktu tu kita buat benda tak berfaedah je ! kita tinggalkan larangan Allah.. kita buat perkara mazmumah.. kita lalai terhadap suruhanNya.. astaghafirullahalazim.. nak ke kita keempat-empat kotak tu berwarna hitam? tak bercahaya langsung..? pastinya semua nak yang putih.. bersih.. suci.. dan ada Nur (cahaya).. ^^
        Kita hidup ni.. ada kualiti tak? mestilah kita nak hidup kita ada kualiti kan.. kualiti apa? kualiti usia lah..
Apa yang kita dapat bawa ke akhirat nanti, itu lah kualiti hidup kita.. Kalau nak tahu, ada 3 perkara penting yang harus ada untuk bekalan dunia akhirat.. yang pertamanya ialah amal jariah. amal jariah ni macam apa-apa benda baik yang kita buat hanyalah kerana Allah.. Lillahi Taa'la.. macam sedekah lah... sedekah kepada golongan yang memerlukan nya.. yang kedua pula ialah ilmu yang bermanfaat. sebab tu lah kita wajib menuntut ilmu.. dan yang paling penting ilmu agama.. ilmu tahid, ilmu fekah, ilmu tafsir, usuluddin, fiqh, sejarah.. banyak lagi lah ilmu.. ilmu sains pun berguna jugak.. ilmu boleh membentuk diri sesorang. sebabnya, kalau seseorang tak ada ilmu, maka jahil lah peribadi nya.. betul tak? lain lah kalau dia istimewa.. dan yang ketiga ialah .. yang paling senang.. doa anak soleh! anak yang soleh dan solehah akan selalu berdoa untuk kesejahteraan hidup ibu dan bapanya. a,at beruntung lah jika ibu bapa yang dikurniakan anak yang soleh.. tapi tak bermakna pulak ibu bapa yang dikurniakna anak yang kurang soleh tu x beruntung. sekali-kali tidak !
             Allah tidak akan mengubah nasib sesorang itu melainkan dia berusaha
Jadi, anak yang kurang soleh itu boleh dididik agar menjadi hormat dan sayng akan ibu bapanya..

            Tetapi.. berbeza pula kepada usia orang yang selam dia hidup.. hanya 4kotak hitam sahaja setiap harinya. Tiada membuat persiapan di dunia mahupun akhirat. bekalan akhirat pula jangan ditanya entah cukup atau tidak... mahukah kita menjadi seperti itu? nauzubillah ! beruntung pula kepada makhluk Allah yang mendapat malam LailatulQadr. dan beribadah kepaNya pada malam tersebut. pahala yang dipeolehi berlipat kali ganda.. sungguh berkualiti hidup seseorang jika berkesempatan beribadah dan bertasbih kepadaNya pada malam LailatulQadr ini.. inshaAllah... jika kita ikhlas, kita akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda banyaknya itu.. inshaAllah...

          Beralih pula kepada ucapan pada ulang tahun kita. Selalunya kita menerima ucapan sebegini ;
"happy birthday, semoga panjang umur !" atau pun  "happy birthday, semoga dimurahkan rezeki ! "
Patut ke kita mengucap sebegitu.. Bukankah ajal dan rezeki telah ditetapkan oleh Allah.. tetapi tak salah jika ingin mendoakan nya.. TETAPI... apa salah nya pula jika kita mengucap sebegini...
"Happy Birthday.. semoga usiamu diberkati oleh Allah" .. Kan senang hati orang tu apabaila di doakan agar umurnya diberkati.. macam mana lah rasa nya kalau kita betul-betul beribadah kepada Allah, tetapi Allah tak berkat pun apa yang kita lakukan? nauzubillah.. inshaAllah.. kita panjatkanlah doa agar ibadah dan amal yang kita lakukan diberkati dan diterima oleh Allah.. inshaAllah.. ameen.. ~

So, saya harap isi-isi tentang usia ni boleh dimanfaatkan bersama.. inshaAllah.. syukran ya akhwat dan ikhwan yang sudi baca ^_^

Saturday 5 March 2011

Ujian Allah Pasti Datang

Assalamualikum ya akhwat dan ikhwan sekalian....
            Ujian Allah... pasti datang.. tak mengira usia dan jantina.. setuju tak? mestilah setuju sebab dalam al-quran tak ada pun cakap ujian hanya datang pada orang muda, pada lelaki sahaja.. ujian datang kepada semua..
Ujian... ada dua jenis.. ujian KESENANGAN dan ujian KESUSAHAN.. bagi anda lah kan... yang mana satu lebih susah nak hadapi.. kesenangan ke kesusahan..
            In my opinion.. saya rasa ujian kesenangan lebh susah untuk dihadapi.. sebabnya. kalau diberi kesenangan, kita sering leka.. sering lupa, lalai, riak , takabbur dan sebagainya.. kita jarang sekali bersyukur.. astaghafirullahalazim.. tetapi !! kalau diberi kesusahan, ditimpa musibah.. saat itu lah kita mula mengingati Allah.. meminta bantuan dari Allah S.W.T. . kawan saya pernah post kat FB, di kata
"semakin lemah sesorang, semakin dekat dia dengan Allah" saya memang pegang lah kata-kata dia ni..
            Selalunya yang ditimpa musibah tu dapat sakit kan.. macam demam, sakit kepala, selesema malah ada yang menghidap penyakit kronik.. sebenarnya, sakit-sakit tu untuk buang dosa-dosa kecil kita.. sama lah seperti kita ambik wuduk.. selalu nya orang sentiasa mengeluh apabila ditimpa musibah.. mengeluh?? layak kah kita untuk mengeluh??

            "sungguh, kami telah menciptakan masnusia berada dalam susah payah"
                                                                                          ( Al-Balad, 90:4)
            Memang dah ada dalam Al-quran manusia tu memang diciptakan berada dalam kesusahan... so, kalau ditimpa kesusahan.. berdoalah kepada Allah.. mintalah pertolongan dariNya.. sesungguhnya Allah Maha Mendengar.. dan semestinya... setiap kesusahan pasti ada pengakhirannya.. kalau tak percaya, cuba ingat sejenak.. ketika anda ditimpa kesusahan.. adakah ianya masih sehingga kini? pasti yang lama dulu telah berlalu dan pasti pula yang baharu datang menguji keimanan kita... manusia tidak dapat lari daripada diuji.. percayalah.. kita ini hanyalah hamba Allah.. syurga Allah hanya untuk orang yang bersabar dan beriman apabila ditimpa kesusahan..

             Sebenarnya kan.. kebanyakan ujian yang kita alami come from humans too.. memang tak dapat dinafikan masalah yang timbul datang dari manusia sendiri..
          
             "dan kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu (Muhammad) , melainkan mereka pasti memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. dan kami jadikan sebahagian kamu sbagai COBAAN bagi sebahagian yang lain. Maukah kamu bersabar? dan Tuhanmu Maha Melihat."
                                                                                                                          (Al-Furqan, 25:20)
              Dah ternyata Allah jadikan manusia sebagai cubaan bagi manusia yang lain...

            "Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. (yiaitu) ang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata ' inna lillahi wa inna ilahi raji un' ( sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali) "
                                                                                                                            (Al-Baqaroh, 2;155-156)

             Beralih pula kepada ujian kesenangan.. maka disamping kesulitan, ada kemudahan.. kesulitan pasti berakhir. kesenangan akan hadir tetapi ramai sekali yang tdak bersyukur malah riak dan sebagainya.. nauzubillah.. bukan susah pun nak bersyukur dengan nikmat kesenangan yang Allah beri.
Jika ada harta, infakkanlah... Jika berjaya, bantulah orang yang berada dalam kesusahan.. Jika gembira.. gembirakanlah hati-hati manusia yang bersedih.. Jika ada jawatan tinggi.. hormatilah pada yang berjawatan rendah.. kesimulannya.. nikmat kesenangan datang .. bersyukurlah! ~ nikmat kesusahan datang, bersabarlah!

         sama-sama lah kita renungkan nya.. panjatkanlah doa terhadap Ilahi... ujian Allah pasti datang! dan pasti juga ada penghujungnya... berita gembira akan diperdengarkan kepada hamba Allah yang SaBaR ^^