Saturday 12 March 2011

happy birthday !!

           Happy birthday... Ucapan yang sering kita terima apabila tibanya detik tarikh kelahiran kita..
 hehe.. saya lahir 30 oGoS 1994.. heehe... tahun ni bila ek 30 ogos tu? (i think someone guessing) haha...Sebenarnya kan , usia ni modal untuk kita menuju ke akhirat.. dah banyak ke amal kita lakukan?
Dah cukup ke ibadah kita? Dah cukup ke timbangan thawab(pahala) yang kita perolehi? wallahualam..
Semua orang tahu apa yang dia lakukan seumur hidup dia.. melainkan dia seoarang yang istimewa..
          Berkait rapat dengan usia ni adalah hidup.. Syukur ke hadrat Ilahi kita masih diberi peluang untuk hidup hari ini.. so, apa kata kita panjatkan doa sesudah kita bangun pagi.. pernah tak korang rasa tak kena je sepanjanh hari tu.. maybe sebab lepas bangun.. kita tak ada pun berdoa kepada Allah .. apatah lagi nak sembahyang Subuh.. solat permulaan bagi setiap hari.. ish..ish..
         Selalunya orang yang bijak pandai mengguna masa hidupnya dengan betul.. bijak tu tak bermakna cerdik dalam pendidikan saja ! in islam.. bijak di sini maksudnya.. pandai menggunakan masa hidup di dunia untuk buat persiapan hidup di dunia dan AKHIRAT.. let us juz think a seconds.. dah cukup ke bekalan kita untuk akhirat? hanya kita yang mampu mengubah apa yang kita kehendaki dengan pertolongan dariNya..
Cuba kita lakar 4 kotak segi empat.. kita tuliskan pada setiap kotak tu.. [pagi] [tengahari] [petang] [malam]..
Then, try to make it white.. not black ! Nak tahu apa maksud putih dan hitam tu? putih tu maksudnya.. pada waktu tu kita buat benda baik.. kita beribadah.. kita tinggalkan larangan Allah.. semua perkara mahmudah lah kita buat! hehe.. tapi yang hitam tu pulak... pada waktu tu kita buat benda tak berfaedah je ! kita tinggalkan larangan Allah.. kita buat perkara mazmumah.. kita lalai terhadap suruhanNya.. astaghafirullahalazim.. nak ke kita keempat-empat kotak tu berwarna hitam? tak bercahaya langsung..? pastinya semua nak yang putih.. bersih.. suci.. dan ada Nur (cahaya).. ^^
        Kita hidup ni.. ada kualiti tak? mestilah kita nak hidup kita ada kualiti kan.. kualiti apa? kualiti usia lah..
Apa yang kita dapat bawa ke akhirat nanti, itu lah kualiti hidup kita.. Kalau nak tahu, ada 3 perkara penting yang harus ada untuk bekalan dunia akhirat.. yang pertamanya ialah amal jariah. amal jariah ni macam apa-apa benda baik yang kita buat hanyalah kerana Allah.. Lillahi Taa'la.. macam sedekah lah... sedekah kepada golongan yang memerlukan nya.. yang kedua pula ialah ilmu yang bermanfaat. sebab tu lah kita wajib menuntut ilmu.. dan yang paling penting ilmu agama.. ilmu tahid, ilmu fekah, ilmu tafsir, usuluddin, fiqh, sejarah.. banyak lagi lah ilmu.. ilmu sains pun berguna jugak.. ilmu boleh membentuk diri sesorang. sebabnya, kalau seseorang tak ada ilmu, maka jahil lah peribadi nya.. betul tak? lain lah kalau dia istimewa.. dan yang ketiga ialah .. yang paling senang.. doa anak soleh! anak yang soleh dan solehah akan selalu berdoa untuk kesejahteraan hidup ibu dan bapanya. a,at beruntung lah jika ibu bapa yang dikurniakan anak yang soleh.. tapi tak bermakna pulak ibu bapa yang dikurniakna anak yang kurang soleh tu x beruntung. sekali-kali tidak !
             Allah tidak akan mengubah nasib sesorang itu melainkan dia berusaha
Jadi, anak yang kurang soleh itu boleh dididik agar menjadi hormat dan sayng akan ibu bapanya..

            Tetapi.. berbeza pula kepada usia orang yang selam dia hidup.. hanya 4kotak hitam sahaja setiap harinya. Tiada membuat persiapan di dunia mahupun akhirat. bekalan akhirat pula jangan ditanya entah cukup atau tidak... mahukah kita menjadi seperti itu? nauzubillah ! beruntung pula kepada makhluk Allah yang mendapat malam LailatulQadr. dan beribadah kepaNya pada malam tersebut. pahala yang dipeolehi berlipat kali ganda.. sungguh berkualiti hidup seseorang jika berkesempatan beribadah dan bertasbih kepadaNya pada malam LailatulQadr ini.. inshaAllah... jika kita ikhlas, kita akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda banyaknya itu.. inshaAllah...

          Beralih pula kepada ucapan pada ulang tahun kita. Selalunya kita menerima ucapan sebegini ;
"happy birthday, semoga panjang umur !" atau pun  "happy birthday, semoga dimurahkan rezeki ! "
Patut ke kita mengucap sebegitu.. Bukankah ajal dan rezeki telah ditetapkan oleh Allah.. tetapi tak salah jika ingin mendoakan nya.. TETAPI... apa salah nya pula jika kita mengucap sebegini...
"Happy Birthday.. semoga usiamu diberkati oleh Allah" .. Kan senang hati orang tu apabaila di doakan agar umurnya diberkati.. macam mana lah rasa nya kalau kita betul-betul beribadah kepada Allah, tetapi Allah tak berkat pun apa yang kita lakukan? nauzubillah.. inshaAllah.. kita panjatkanlah doa agar ibadah dan amal yang kita lakukan diberkati dan diterima oleh Allah.. inshaAllah.. ameen.. ~

So, saya harap isi-isi tentang usia ni boleh dimanfaatkan bersama.. inshaAllah.. syukran ya akhwat dan ikhwan yang sudi baca ^_^

No comments:

Post a Comment