Saturday 5 March 2011

Ujian Allah Pasti Datang

Assalamualikum ya akhwat dan ikhwan sekalian....
            Ujian Allah... pasti datang.. tak mengira usia dan jantina.. setuju tak? mestilah setuju sebab dalam al-quran tak ada pun cakap ujian hanya datang pada orang muda, pada lelaki sahaja.. ujian datang kepada semua..
Ujian... ada dua jenis.. ujian KESENANGAN dan ujian KESUSAHAN.. bagi anda lah kan... yang mana satu lebih susah nak hadapi.. kesenangan ke kesusahan..
            In my opinion.. saya rasa ujian kesenangan lebh susah untuk dihadapi.. sebabnya. kalau diberi kesenangan, kita sering leka.. sering lupa, lalai, riak , takabbur dan sebagainya.. kita jarang sekali bersyukur.. astaghafirullahalazim.. tetapi !! kalau diberi kesusahan, ditimpa musibah.. saat itu lah kita mula mengingati Allah.. meminta bantuan dari Allah S.W.T. . kawan saya pernah post kat FB, di kata
"semakin lemah sesorang, semakin dekat dia dengan Allah" saya memang pegang lah kata-kata dia ni..
            Selalunya yang ditimpa musibah tu dapat sakit kan.. macam demam, sakit kepala, selesema malah ada yang menghidap penyakit kronik.. sebenarnya, sakit-sakit tu untuk buang dosa-dosa kecil kita.. sama lah seperti kita ambik wuduk.. selalu nya orang sentiasa mengeluh apabila ditimpa musibah.. mengeluh?? layak kah kita untuk mengeluh??

            "sungguh, kami telah menciptakan masnusia berada dalam susah payah"
                                                                                          ( Al-Balad, 90:4)
            Memang dah ada dalam Al-quran manusia tu memang diciptakan berada dalam kesusahan... so, kalau ditimpa kesusahan.. berdoalah kepada Allah.. mintalah pertolongan dariNya.. sesungguhnya Allah Maha Mendengar.. dan semestinya... setiap kesusahan pasti ada pengakhirannya.. kalau tak percaya, cuba ingat sejenak.. ketika anda ditimpa kesusahan.. adakah ianya masih sehingga kini? pasti yang lama dulu telah berlalu dan pasti pula yang baharu datang menguji keimanan kita... manusia tidak dapat lari daripada diuji.. percayalah.. kita ini hanyalah hamba Allah.. syurga Allah hanya untuk orang yang bersabar dan beriman apabila ditimpa kesusahan..

             Sebenarnya kan.. kebanyakan ujian yang kita alami come from humans too.. memang tak dapat dinafikan masalah yang timbul datang dari manusia sendiri..
          
             "dan kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu (Muhammad) , melainkan mereka pasti memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. dan kami jadikan sebahagian kamu sbagai COBAAN bagi sebahagian yang lain. Maukah kamu bersabar? dan Tuhanmu Maha Melihat."
                                                                                                                          (Al-Furqan, 25:20)
              Dah ternyata Allah jadikan manusia sebagai cubaan bagi manusia yang lain...

            "Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. (yiaitu) ang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata ' inna lillahi wa inna ilahi raji un' ( sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali) "
                                                                                                                            (Al-Baqaroh, 2;155-156)

             Beralih pula kepada ujian kesenangan.. maka disamping kesulitan, ada kemudahan.. kesulitan pasti berakhir. kesenangan akan hadir tetapi ramai sekali yang tdak bersyukur malah riak dan sebagainya.. nauzubillah.. bukan susah pun nak bersyukur dengan nikmat kesenangan yang Allah beri.
Jika ada harta, infakkanlah... Jika berjaya, bantulah orang yang berada dalam kesusahan.. Jika gembira.. gembirakanlah hati-hati manusia yang bersedih.. Jika ada jawatan tinggi.. hormatilah pada yang berjawatan rendah.. kesimulannya.. nikmat kesenangan datang .. bersyukurlah! ~ nikmat kesusahan datang, bersabarlah!

         sama-sama lah kita renungkan nya.. panjatkanlah doa terhadap Ilahi... ujian Allah pasti datang! dan pasti juga ada penghujungnya... berita gembira akan diperdengarkan kepada hamba Allah yang SaBaR ^^


No comments:

Post a Comment